Showing posts with label LEGASI OAKHEART. Show all posts
Showing posts with label LEGASI OAKHEART. Show all posts

Sunday, May 5, 2013

DARI PBAKL 2013 DENGAN CINTA

Ada banyak perkara yang saya ingin kongsikan tentang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (PBAKL 2013). Tapi, sekarang, saya fikir, lebih baik untuk berkongsi kisah melalui gambar sementelah saya sendiri berasa letih fizikal sepanjang seminggu PBAKL 2013.



Wafa Awla,salah seorang penulis LEGASI OAKHEART dan Encik Khair Ngadiron, Pengarah Urusan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. Tiada Encik Khair, maka, tiadalah naskhah Cantuman Mimpi dan Retrospeksi di gerai ITBM di PBAKL 2013. Terima kasih Encik Khair!



Kerendahan hati Sasterawan Negara ke-12, Dato Baha Zain. Apabila saya dan suami menghampiri beliau, beliau bangun dan menjemput kami duduk di kerusi yang beliau sedang duduk. Sewaktu kami mahu ambil gambar, beliau berkata kepada saya "Eh, tak apa! Duduklah." sebab saya segan, sasterawan negara berikan tempat duduknya kepada saya, penulis baru lagi muda. Selain daripada Sasterawan Negara Dato' Dr. Anwar Ridhwan, Dato' Baha Zain juga merupakan sasterawan negara yang turut memiliki naskhah Cantuman Mimpi dan Retrospeksi. Beliau juga meminta tandatangan kami yang entah sesiapa pun kalau hendak dibandingkan dengan taraf Sasterawan Negara Malaysia yang beliau sandang. Terima kasih atas sokongan terhadap kami, penulis muda di Legasi Oakheart!


Encik Armin Azhari, bekas editor majalah Pelita Bahasa, Tunas Cipta dan Dewan Ekonomi yang membeli buku-buku Legasi Oakheart sejak buku yang pertama iaitu Antologi Puisi ELEGAN. Terima kasih Encik Armin!


Kak Teh (Puan Zaharah Othman) dan Encik Wan (Encik Wan Ahmad Hulaimi a.k.a Awang Goneng) balik Malaysia! Yeay! Kak Teh dan Encik Wan sudah 33 tahun bermastautin di Kota London. Merekalah ibu dan ayah kembara kami 10 bersaudara di Kota London.


Dapat tandatangan Encik Wan lagi. Kali ini untuk buku Growing Up in Trengganu. Sewaktu di London, beliau sudah tandatangani buku A Map of Trengganu.


Kami, Legasi Oakheart buat gerai ITBM macam pasar borong jual Cantuman Mimpi dan Retrospeksi.Kebiasaannya kami memang buat begini, ikut rentak jual para petugas ITBM di PBAKL. Mereka jerit, kami pun jerit. Mereka laung, kami pun laung. Kadang-kadang, tak payah jerit atau laung, kami diberi mikrofon. Seronok!

LEGASI OAKHEART, penulis-penulis muda yang diberi ruang di SOFA PUTIH ITBM untuk Gebang Naskhah Legasi Oakheart.Gebang Naskhah akan menemui anda di beberapa tempat lagi selepas ini. Gambar ketika agenda SOFA PUTIH akan dikongsikan di blog LEGASI OAKHEART.


Mesyuarat di SOFA PUTIH ITBM. LEGASI OAKHEART memang suka macam ni. Bengkel ikut dan kat mana-mana, atas lantai depan bank, mesyuarat pun ikut suka hati kat ruang SOFA PUTIH ITBM. Bergelimpang pun kami okey je.


Paling puas hati, CANTUMAN MIMPI adalah hot item di gerai ITBM sejak memegang tempat kedua paling laris. Stok pun semakin sikit dan bakinya akan dibawa ke Pesta Buku Selangor nanti. Puas hati kerana CANTUMAN MIMPI baru sahaja 2 minggu diterbitkan. Alhamdulillah...


RETROSPEKSI, agak lambat jadi TOP 10, tapi, alhamdulillah... Kurang-kurang TOP 10 juga. Ramai cakap, sukakan puisi-puisi dalam RETROSPEKSI sebab mudah difahami.


ANTI REALITI juga agak perlahan jualannya. Tapi, dengar-dengar komen daripada pembaca, mereka suka puisi-puisi ANTI REALITI sebab mudah difahami dan rasa jujur. Sama seperti halnya kepada pembaca RETROSPEKSI.


PERKARA YANG TERAKHIR DAN TAK ADA GAMBAR : PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2013 DITAMATKAN AWAL SEHARI ATAS SEBAB PILIHAN RAYA UMUM KE-13.

Apa-apapun, PBAKL 2013, diakhiri dengan perasaan puas hati dan gembira! Mungkin ia sekadar kejayaan peribadi, tapi inilah sejalur perjalanan hidup saya. Terima kasih, kepada semua yang menyokong LEGASI OAKHEART, ITBM yang sudi menjalinkan kerjasama dengan kami, para pembeli dan pembaca naskhah-naskhah CANTUMAN MIMPI, RETROSPEKSI dan ANTI REALITI, nama-nama mereka tak dapat saya sebutkan semuanya. Yang paling utama, terima kasih Tuhan!


Friday, May 3, 2013

LEGASI OAKHEART DI SOFA PUTIH 2013


JEMPUT DATANG BERAMAI-RAMAI
KITA SANTAI-SANTAI SAJA




*Ada banyak perkara tentang Pesta Buku Antarabangsa yang ingin dikongsikan di sini.
 Tunggu ada waktu.

Sunday, April 28, 2013

DARI TWITTER DENGAN CINTA

TODAY, I was like...waaaaaa... Suami ada Twitter. Saya tak ada. Jadi, suami pun bacakan beberapa tweets yang buat saya jadi macam tu tadilah, yang WAAAAAAAA tu. Tengok apa yang ada Twitter, beberapa tweets yang saya taip balik di sini :


wny_idris : Cantuman Mimpi memang ohsem!

amanmonkeymoon : Nampaknya Cantuman Mimpi punya cover macam menambat hati. Belum baca lagi ni. Nanti nak usya2 kat PWTC lah!

stowbeyie : Thanks Hafiz Latiff for retweet my tweets about Cantuman Mimpi. I really love that book!

ahmadzahier1 : Wah, Cantuman Mimpi... Kusangka ia mampu menawan hatiku... Good job!

stowbeyie : Rasa macam tak nak pergi mana-mana without buku Cantuman Mimpi tu. Nak je baca sampai habis.

stowbeyie : Bestnya hari ni. Dapat makan sedap-sedap. Jejalan...tak de problem. And the best part, buku Cantuman Mimpi tu banyak beri pengajaran hidup.

dhiaulhayah : Buku Cantuman Mimpi cantik...



Tadaaaa! Inilah dia buku Cantuman Mimpi. Boleh dapatkan di gerai ITBM dengan harga diskaun!


Ini pula tweets daripada tiga orang penulis Cantuman Mimpi :

wafa_awla : Setakat ini sambutan Cantuman Mimpi menggalakkan. Sedang dalam proses menghasut Kak Nas (akak fotostat) untuk beli buku tu.

khaliq_ghazali : Terharu bang bila cikgu-cikgu, EO dekat pejabat dan pensyarah support dan beli Cantuman Mimpi. Syukur sangat-sangat.

wafa_awla : Kata kakak yang jaga booth tadi, jualan Cantuman Mimpi sangat menggalakkan. Mereka sedang tambah stok waktu saya datang tadi.

haniffyusoff : Seronoknya! Cantuman Mimpi mendapat sokongan dalam kalangan pensyarah. Jaga-jaga, permintaan semakin meningkat.

Alhamdulillah... 

Saturday, April 27, 2013

AKU OKEY



Dihentak.
Dihenyak.
Ditibai.
Dibantai.

Dunia;
Aku masih okey.


AKU OKEY
Nora Nabila
Antologi Puisi Duo Anti Realiti
(Bersama-sama Fiza M. Zaini)




Saya suka puisi ini. Simple, nice and honest. Puisi-puisi Nora kadang-kadang lantang. Lantang ya. Bukan lancang. Beza tu. 

Mungkin orang kata ini bukan puisi. Peduli apa saya. Saya suka dan rasa terpujuk. Penat hidup. But, yeah, I am okay. Still okay.

Monday, April 22, 2013

USAI CANTUMAN MIMPI, RETROPEKSI DAN ANTI REALITI



Saya dan suami, Hafiz Latiff bersama-sama Iqmal B the great designer  yang berbaju biru lembut di majlis pelancaran.

Alhamdulillah. Subhanallah.

Terima kasih Tuhan untuk kejayaan menerbitkan antologi cerpen, proses kreatif dan skrip filem pendek Cantuman Mimpi, antologi puisi Retrospeksi dan antologi puisi duo Anti Realiti.

Terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam penerbitan yang sudi bekerjasama dengan Legasi Oakheart. Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) : Pengarah urusan ITBM, Encik Khair Ngadiron, Encik Rozlan Mohamed Noor, Puan Zalila Isa sebagai editor, Encik Iqmal B sebagai pereka kulit yang sangat cantik itu, Puan Nasriah Abdul Salam dan Cik Ainuln Muaiyanah sebagai orang-orang yang mencadangkan kerjasama ini.

Terima kasih kepada pihak Produksi Bawah Tanah : Mula Record, PH Production, Cech Adrea Production dan Warna Motion atas usaha menerbitkan filem-filem pendek adaptasi daripada lima buah cerpen dalam Antologi Cantuman Mimpi : Fantasi Duniaku (Sanisha Bogaraja), Rasian (Hafiz Latiff), Puntong (S. Fatimah Said dengan tajuk asal cerpen Jiwa Kita), Anti Sistem (Shamsul Amin), dan Seni Manusia (Nora Nabila dengan tajuk asal cerpen Nota-nota Sang Seniman).

Dan, tentunya, terima kasih kepada ahli-ahli Legasi Oakheart yang kini sudah mempunya 30 orang ahli. Terima kasih kerana percaya dengan perjuangan ini kerana yang dinamakan perjuangan itu tak akan pernah mudah. Seperti kata Sanisha Bogaraja, kalau perjuangan itu mudah, tentu ramai yang akan menyertainya.

Fathul Khair Mohd Dahlan dan Shamsul Amin, terima kasih atas kesudian menjadi editor-editor bersekutu. Sanisha Bogaraja terima kasih untuk doodle yang comel dan cantik. Nora Nabila terima kasih untuk idea mengadaptasi cerpen ke filem pendek dan Anti Realiti bersama-sama Fiza M. Zaini. Wafa Awla untuk promosi di CFS UIA, Petaling Jaya. Farah Azyan Izzati dan Shamimi Zakaria untuk promosi di ASWARA. Muzammil Rahim, Hamidah MH dan Mohd Haniff kerana sentiasa mengambil berat perjalanan di Legasi Oakheart sepanjang proses penerbitan. Terima kasih Hafiz Latiff, kerana lebih separuh urusan penerbitan dan pelancaran dikendalikan oleh beliau. Terima kasih kepada semua penulis di Legasi Oakheart! Ramai nak menyebut. Terima kasih semua untuk karya dan majlis pelancaran semalam. Kepenatan dan kelelahan kita terbayar akhirnya walaupun mungkin ada juga kekurangannya. Kita cuma dapat mengingatkan diri, tiada yang sempurna di dunia ini. Insya-Allah, kita akan buat lebih baik.

Terima kasih juga kepada Dewan Bahasa dan Pustaka kerana menyediakan tempat dan makan tengah hari.


* Kredit gambar yang lawa di atas adalah untuk K.B. Kavi Raja.

*Oh, ya! Terima kasih sekali lagi kepada Hafiz Latiff dan Nora Nabila kerana sanggup dimaki ahli politik ketika kita kesempitan dana! Taraf buku cuma di kaki mungkin. Atau taraf kita sebagai orang seni dan sastera yang di kaki mereka?

Thursday, April 18, 2013

KEKASIH-KEKASIH BARU!


 Ini buku-buku terbaru terbitan Legasi Oakheart dan pada kali ini Antologi Cantuman Mimpi dan Antologi Puisi Retrospeksi menjadi terbitan bersama-sama 
Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. 


Antologi Cerpen, Proses Kreatif dan Skrip Drama Pendek
Cantuman Mimpi





Antologi Puisi Retrospeksi


Ini pula terbitan persendirian di bawah jenama Legasi Oakheart. 
Mempersembahkan Antologi Puisi Duo Anti Realiti oleh Nora Nabila dan Fiza M. Zaini! 
Lantang dan jujur tapi masih punya kias.


Antologi Puisi Duo Anti Realiti


Jangan lupa hadir ke majlis pelancaran naskhah dan filem pendek pada 20 April 2013, Sabtu ini!




BULAN MENCANTUM MIMPI


Debar dan getar sudah bergelutan dalam diri.
Ini antara projek paling mencabar sabar.
Menduga daya. 
Dan menjadikan waktu lebih misteri daripada biasanya.
Semoga Allah permudahkan jalan.
Melancarkan segala urusan.





JUMPA KALIAN NANTI!