DIARI SEORANG DIPLOMAT (RM 19) |
Apabila bercerita tentang keadaan di Pakistan, saya terus teringat tentang kehidupan saya di Mekah suatu masa dahulu. Memang jauh bezanya kerana di Mekah lebih aman.
Setahun sahaja di negara Arab, tetapi kenangan di sana masih ternampak-nampak dalam ingatan. Ada satu kisah yang bikin wajah saya pijar, saya kongsikan dengan suami.
Ada seorang budak lelaki yang 3 tahun (lebih kurang) lebih tua daripada saya. Namanya Sulaiman. Orang Melayu. Dari Malaysia. Anak kepada sahabat ummi saya. Kami berdua dan adik saya selalu bermain bersama-sama. Keluarga kami, seperti para perantau yang lain, akan sentiasa saling menziarahi sahabat-sahabat perantau Melayu dari Malaysia, Indonesia dan Brunei. Memang, kalau sudah pegang status perantau, para sahabat akan jadi seperti keluarga. Sehingga kini saya masih ingat sahabat baik saya bernama Kauthsar dari Indonesia. Sayang, sewaktu Kauthsar mahu pulang ke Indonesia, kami tidak sempat bertemu. Saya sering tertanya, masihkah dia mengingati saya sepertimana saya mengingati kehadirannya dalam waktu kanak-kanak saya?
Baiklah. Berbalik kepada budak lelaki yang bernama Sulaiman tadi. Saya sewaktu itu masih kecil. Baru berusia 5 tahun. Seperti biasa, saya disuruh bersalaman dengan semua orang di dalam rumah tersebut. Orang terakhir yang saya salam ialah Sulaiman. Saya hulurkan tangan. Dia sambut. Out of sudden, he kissed my hand. Macam dalam cerita Barbie bertemu putera impian dia. I was like, errrr... Oh my God! Saya tak senang duduk jadinya sepanjang waktu di rumah itu.
Akhirnya, kami pun minta diri. Saya lega. Keluar sahaja dari apartmen tersebut, ketika menuruni anak tangga, saya terus bersuara kepada Ummi.
"Eja tak nak dah datang rumah Abang Sulaiman."
"Kenapa?"
Saya pun mula bercerita. Ummi tergelak.
Oh, zaman budak-budak! Sehingga saat saya bercerita kepada suami, saya beritahu beliau muka saya masih terasa pijar. Suami saya tergelak.
Eja, kebetulan pula Kak Nas menulis dan mencatat mengenai buku itu dan penulisnya dalam entri terkini di blog akak juga!
ReplyDeleteEja dah baca. Kebetulan pula. Hafiz dah selesai baca buku ni. Eja belum lagi.
Delete