Monday, April 22, 2013

USAI CANTUMAN MIMPI, RETROPEKSI DAN ANTI REALITI



Saya dan suami, Hafiz Latiff bersama-sama Iqmal B the great designer  yang berbaju biru lembut di majlis pelancaran.

Alhamdulillah. Subhanallah.

Terima kasih Tuhan untuk kejayaan menerbitkan antologi cerpen, proses kreatif dan skrip filem pendek Cantuman Mimpi, antologi puisi Retrospeksi dan antologi puisi duo Anti Realiti.

Terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam penerbitan yang sudi bekerjasama dengan Legasi Oakheart. Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) : Pengarah urusan ITBM, Encik Khair Ngadiron, Encik Rozlan Mohamed Noor, Puan Zalila Isa sebagai editor, Encik Iqmal B sebagai pereka kulit yang sangat cantik itu, Puan Nasriah Abdul Salam dan Cik Ainuln Muaiyanah sebagai orang-orang yang mencadangkan kerjasama ini.

Terima kasih kepada pihak Produksi Bawah Tanah : Mula Record, PH Production, Cech Adrea Production dan Warna Motion atas usaha menerbitkan filem-filem pendek adaptasi daripada lima buah cerpen dalam Antologi Cantuman Mimpi : Fantasi Duniaku (Sanisha Bogaraja), Rasian (Hafiz Latiff), Puntong (S. Fatimah Said dengan tajuk asal cerpen Jiwa Kita), Anti Sistem (Shamsul Amin), dan Seni Manusia (Nora Nabila dengan tajuk asal cerpen Nota-nota Sang Seniman).

Dan, tentunya, terima kasih kepada ahli-ahli Legasi Oakheart yang kini sudah mempunya 30 orang ahli. Terima kasih kerana percaya dengan perjuangan ini kerana yang dinamakan perjuangan itu tak akan pernah mudah. Seperti kata Sanisha Bogaraja, kalau perjuangan itu mudah, tentu ramai yang akan menyertainya.

Fathul Khair Mohd Dahlan dan Shamsul Amin, terima kasih atas kesudian menjadi editor-editor bersekutu. Sanisha Bogaraja terima kasih untuk doodle yang comel dan cantik. Nora Nabila terima kasih untuk idea mengadaptasi cerpen ke filem pendek dan Anti Realiti bersama-sama Fiza M. Zaini. Wafa Awla untuk promosi di CFS UIA, Petaling Jaya. Farah Azyan Izzati dan Shamimi Zakaria untuk promosi di ASWARA. Muzammil Rahim, Hamidah MH dan Mohd Haniff kerana sentiasa mengambil berat perjalanan di Legasi Oakheart sepanjang proses penerbitan. Terima kasih Hafiz Latiff, kerana lebih separuh urusan penerbitan dan pelancaran dikendalikan oleh beliau. Terima kasih kepada semua penulis di Legasi Oakheart! Ramai nak menyebut. Terima kasih semua untuk karya dan majlis pelancaran semalam. Kepenatan dan kelelahan kita terbayar akhirnya walaupun mungkin ada juga kekurangannya. Kita cuma dapat mengingatkan diri, tiada yang sempurna di dunia ini. Insya-Allah, kita akan buat lebih baik.

Terima kasih juga kepada Dewan Bahasa dan Pustaka kerana menyediakan tempat dan makan tengah hari.


* Kredit gambar yang lawa di atas adalah untuk K.B. Kavi Raja.

*Oh, ya! Terima kasih sekali lagi kepada Hafiz Latiff dan Nora Nabila kerana sanggup dimaki ahli politik ketika kita kesempitan dana! Taraf buku cuma di kaki mungkin. Atau taraf kita sebagai orang seni dan sastera yang di kaki mereka?

10 comments:

  1. Terima kasih juga kepada Kak Eja kerana merintis perjuangan ini pada awalnya. Sungguh saya bahagia dalam LO. Yang pahit lekas menjadi manis dan yang payah lekas dipermudah. Dalam LO, saya lebih banyak belajar. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sam,

      Terima kasih juga atas kepercayaan yang sentiasa ada untuk Legasi Oakheart! Semoga kita sama-sama maju dan menjadi lebih-lebih-lebih baik pada masa akan datang. Amin ya Rabb!

      Delete
  2. Assalamualaikum.

    Salam kasih dalam ribuan ucapan, hanya kugarap untuk perjuangan ini. Terima kasih untuk Kak Eja dan Abang Hafiz yang sudi membuka peluang kepada saya dan rakan-rakan untuk keluaran kali ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih (barangkali infiniti) untuk ruang dan peluang sebagai penyunting dan penyemak karya. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,

      Salam kasih juga buat Fathul Khair. Terima kasih atas kepercayaan terhadap perjuangan ini. Maralah kita ke takah baru dan lebih baik daripada hari ini dan semalam. Semoga dirahmati dan diberkati Allah. Amin ya Rabb!

      Delete
  3. Eja, Hafiz dan Legasi Oakheart, jutaan tahniah dan terima kasih menyelam dunia penuh sengketa yang damai ini, teruskan dengan jejak dan suara kalian :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fadz,

      Terima kasih atas sokongan. Moga Allah berikan lebih kekuatan untuk mengharungi sengketa yang damai juga tersembunyi ini. :)

      Delete
  4. Terima kasih dan tahniah, adik-beradik Legasi Oakheart!

    ReplyDelete