Monday, April 15, 2013

DONAT! DONAT!


Tak fasal, isu logo donat UIA bertempelan di dinding Facebook. Ada orang yang boleh terima. Ada orang yang mengecam. Donat-donat tersebut kemudiannya, disedekahkan.

Saya kurang faham dengan orang yang mencaci. Saya fikir, sekurang-kurangnya, para pelajar yang terlibat dalam penciptaan logo daripada donat itu, ada aktiviti di pusat pengajian mereka. Kurang-kurang donat-donat tersebut selepas itu disedekahkan. Kurang-kurang, mereka meletakkan alma mater mereka dalam Malaysia Book of Records. Kurang-kurang, mereka bukanlah mengadakan sebuah konsert liar yang bercampur lelaki dan perempuan tanpa sebarang batas dengan lagu-lagu hati keras.

Jadi, masalah tentang donat itu apa? Mungkinkah kerana alma mater mereka namanya tercatat dalam MBR? Atau, sebab donat-donat itu disedekahkan? Atau sebab orang yang bising dan mengecam itu tidak dapat bahagian donat yang disedekahkan itu? Atau sebab, mereka rasa para pelajar yang terlibat sudah membazirkan masa? Tapi, bukankah ada program amal selepasnya? Atau kerana kosnya RM20 ribu yang disedekahkan oleh badan-badan bukan kerajaan dan sesebuah kementerian?

Different people from the different part of the world, do the different things. Bahkan, seorang adik dan abang juga punya perbezaan walaupun kumpulan darah mereka sama. That is the reason why parents can not treat their children the same way. Bermula dari rumah pun, kita memang sukar untuk meraikan perbezaan. Itu antara masalah besar dalam diri.

Dan, kadang-kadang, kita lebih senang untuk melakukan hal yang sama dengan orang lain. Lebih mudah menyerap. Sebab itu, ada antara kita lebih suka jadi barat dan lupakan kesantunan timur. Kenapa tidak meraikan barat selagi punya kebaikan dan menjahit sekemas-kemasnya ketimuran dalam diri?

UIA telah banyak melaksanakan majlis ilmu. Orang bising, tak mahu datang. Kata, bosan. Asyik ceramah. Ada juga UIA laksanakan lawatan ke rumah-rumah kebajikan malah ke kampung-kampung orang asli di pedalaman. Pun ada orang bising. Suruh buat kelainan. Nah, UIA usulkan kelainan, masih juga ada orang tidak puas hati. Memang, manusia tak pernah puas. Itu pun masalah kita.

Di pihak saya, saya tiada hal dengan donat-donat yang akhirnya menjadi sedekah itu. Tiada masalah dengan RM 20 K itu. Bukan duit saya pun yang saya sedekahkan untuk saya bising. Saya pun tak penat menyusun donat-donat tersebut. Kalau donat-donat itu dibuang, ya, saya takkan bersetuju langsung sebab itu sudah bukan perbezaan atau kelainan. Tetapi sudah masuk kepada pembaziran walaupun bukan donat saya. Jadi, pada saya, benda ini kecil isunya untuk dikecam. Ada benda yang lebih besar untuk difikirkan.

Tahniah, para pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia!  Tentang pahala pada niat dan amal, Tuhan sahaja yang punya hak. Jangan fikir sangat. Bab hak dengan Tuhan pun kita ada masalah dalam diri sendiri.

Boleh baca tentang donat di sini :
Sinar Harian : Pelajar UIA hasil logo terbesar guna donat


* Buku carut tak ada orang nak kecam sehebat sedekah donatkah?



No comments:

Post a Comment